Tuesday, July 5, 2011

EGO atau SAMBIL LEWA??

A good article yang sha rase patot sha share ngan korang semue...yang baik dijadikan teladan.kan2? =)


By Dr. Siti Hamidah from UTM Skudai, Johor..=)



Pulang dari pejabat semalam, saya telah membawa anak saya yang berusia 2 tahun ke klinik. Cuaca yang tidak menentu menyebabkannya mengalami batuk dan selsema.

Mungkin ramai yang demam sekarang, jadi saya perlu menunggu agak lama. Di samping melayani Safya bermain soft toys yang banyak di klinik itu, saya memerhatikan orang sekeliling yang turut menunggu giliran.

Bukan memerhati untuk menilai orang lain. Bukan juga merasakan diri saya sempurna sehingga boleh menilai orang lain. Apa salahnya memerhatikan gelagat orang lain? Yang baik bolehlah dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

“Orang yang bijak akan menjadikan pengalamannya sebagai pengajaran, orang yang lebih bijak akan menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran.”

Walaupun bersikap acuh tak acuh dan seperti tekun melayani Safya, sebenarnya seluruh tumpuan saya terarah kepada sepasang suami isteri bersama anak mereka yang baru lahir. Hmm, pasangan yang baru menjadi ibu bapa – detik hati saya. Menarik untuk melihat gaya mereka, adakah mencerminkan karekter keibubapaan generasi muda sekarang?

Si isteri mendukung anak. Mereka duduk sahaja tanpa berkata apa-apa. Lebih kurang selama setengah jam. Saya mengerling ke raut wajah mereka. Tiada riak pergaduhan.
Mungkin itulah cara mereka, iaitu tidak banyak bercakap. Tiada apa-apa salahnya tidak banyak bercakap, jika kedua-duanya pun berdiam. Yang salah kalau seorang bercakap, seorang lagi buat tak peduli.

Lalu nama bayi mereka dipanggil. Amat mengejutkan apabila hanya si isteri sahaja yang masuh ke bilik rawatan! Saya terkesima. Saya terkejut kerana di zaman moden ini masih ada lagi suami yang tidak menemani isteri masuk ke bilik rawatan, apatah lagi apabila membawa bayi.

Ini bukan perkara kecil. Ini menggambarkan sikap seorang suami yang memandang remeh terhadap layanan mereka terhadap isteri dan rumahtangga. Maaf saya katakan, apabila seorang lelaki bersikap demikian, dia menggambarkan beberapa perkara.
Pertama, mungkin dia amat jahil dalam ilmu rumah tangga. Mungkin dia tidak pernah mendengar ceramah atau usrah atau khutbah yang membincangkan sebaik-baik lelaki adalah yang melayani isterinya dengan terbaik.

Atau, yang kedua, dia malas. Hanya malas. Malas nak angkat punggung mengikut isteri ke bilik doktor. Malas mendengar bebelan doktor, barangkali. Pendek kata dia malas untuk involve dalam hal pengurusan anak dan rumah tangga.

Atau, yang ketiga, dia berfikiran agak jumud (kolot), iaitu menganggap semua kerja rumahtangga adalah tanggungjawab isteri. Anak-anak, makan-pakai-mandi-tidur-mendidik-menasihati-menjaga sewaktu sakit-menyekolahkan-mendisiplinkan-dan segalanya, adalah tanggungjawab isteri.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, apatah lagi saya ‘agak keras’ menyenaraikan tiga kemungkinan itu. Yalah, siapa saya untuk menegur seorang lelaki, kan? Jadi, untuk mencari kebenaran dalam hal ini, kita harus kembali kepada sumber rujukan kita, iaitu al Quran dan Sunnah.

Menjaga dan mendidik anak-anak adalah tanggungjawab kedua-dua suami dan isteri. Apabila anak sakit umpamanya, si suami lah yang harus menunjukkan sikap ambil berat yang lebih daripada seorang isteri. Ini kerana suami lebih stabil emosinya, dan lebih kuat kudratnya. Seorang wanita yang menjaga anak sakit akan mudah merasa letih dan lemah, dan berperasaan risau dan emosi. Di sinilah peranan seorang suami untuk menenangkan isteri, menaikkan semangat isteri, memegang tangannya, memeluknya, dan mendukung si kecil.

Barulah si isteri akan lebih bersemangat dan terubat sedikit kerisauan. Jika sewaktu menunggu giliran doktor hanya membatukan diri, dan apabila dipanggil ke bilik rawatan – pun membatukan diri di luar. Lebih baik lah si isteri datang seorang sahaja ke klinik itu.


p/s: maybe tak ramai dah lelaki mcm ni zaman sekarang.tapi kalau ade jugak, Wallahualam...hidup rumah tangge kan.for sure kene share susah senang.kalau rase terbeban sgt nak share susah isteri and anak, pilih la tuk jgn kahwen lagi.pergi timba ilmu alam perkahwinan dulu, baru kahwen..sbb kalau kahwen jugak, anak isteri jugak yang susah..

2 comments:

  1. jahat giler suami die..ego dan sambil lewa la 2...i'll never do that..you know me right.. :)

    ReplyDelete
  2. hik~ disebabkan faisal yang baik said..sy mmg caye kat awak..=) jhat kn? sggup tgok wife die susah2 camtu je.bkn rugi pun tlg.nnti anak dye tu gak yg doakan utk dye..=(

    ReplyDelete