Wednesday, July 27, 2011

meneruskan kehidupan..

Bismillah...

currently at 130 a.m and sha x boleh tdo lagi. plan awal nya nak siapkan asigment subject Malaysian Study yang due nye jumaat nih (29/7). Tapi, terbengkalai and punah harapan n angan2 dek kerana mslah tenet ixora yang sgt2 semput dan mcm yang nazak sgt nih.sigh~ but still,xleh jadikan itu alasan utk tidak menyiapkan kerja2 tersebut yep cik shaheeda.

setelah berblog walking, rase bersemngat pulak tuk teruskan kehidupan.cewahhh..ayat nak power je.hehehe..so sementara masih bersemangat nih, baek sha gi sambung buat kerja sampai ciap and plan for my future ryte..tak kesah la for short-plan or long-plan. But it is must! sbb kalau dah ade plan ni, mesty la kite nak capai target. teringat pulak kate2 lec Management, Mr. Lam, we need plan to achieve the goal! Hah, mentang2 la jumaat malam ni exam subject Management, sampai teringat2 Mr. Lam.hehehe..=P

oke, tata titi tutuuu..=)

Tuesday, July 26, 2011

sampai bile?

grrrrrrrrrrrrr...........tak tahan2! dah tak tahan. saya layan awak slame ni sbb saya simpati ngan keadaan awak je.xnak awak rase disisih ngan kawan2.tapi awak buat camni lak kat saya.tak habes2 menipu.skang ni sampai dah babitkan mak saya lak. kunun2 mak saya mesge awak. siap anta bukti konon2 tu msge mak saya. dalam hal camni, tak kan la saya nak percayekan awak. takde sbb dah saya nak percaye, sbb awak dah banyak kali menipu! padahal mak saya dah reject awak awal2!! awak nak menipu babitkan name saya, saya boleh sabar lagi tau. tapi ni dah sgt2 lebeh. sampai femly saya lak awak heret skali. don't you ever dare ok!

ok shaheeda..sabarr...jgn ikut sgt emosi..

Thursday, July 14, 2011

air mata itu..




Yep, air mata itu la peneman kala kesedihan, kegembiraan, mahupun kesusahan..
air mata itu la ekspresi yang jujur datang dari hati..
jangan tahan,
sebab kadang kala dengan meluahkan ekspresi itu la kita akan berasa lega.
jangan pula berterusan,
sebab mungkin ada kegembiraan disebalik kesedihan tersebut.
kalau tak cepat, mungkin lambat..=)
bersabarlah..




sewaktu sha berumur 9 tahun, ibu decide untuk sambung belajar, 3 tahun lamanya berpisah tanpa ibu depan mata sewaktu sha dan adik membesar. time itu la sha belajar erti kesedihan dan air mata..=( setiap hari menangis teringatkan ibu. bila tengok kawan2 lain semua bercerita tentang ibu, hati jadi sayu. ibuku jauh~~ kertas adalah sahabat setia. setiap kali sedih teringatkan ibu, setiap kali itu la sha luahkan apa yang terbuku dalam hati ke atas sehelai kertas untuk sha poskan surat tersebut kepada ibu. hanya itu saja cara untuk ku ubati rindu.




2008, sekali lagi sha tewas pada dia yang bernama air mata. si dia pergi untuk meneruskan perjuangan. 2 tahun lamanya, sha memang tewas dan lemah. tapi, dari situ la sha belajar erti perjuangan. perjuangan untuk meneruskan kehidupan..




sekali lagi sha tewas dengan air mata. sahabat..sahabat yang sentiasa ada kala susah mahupun senang. dia terlalu baik. biarpun hanya 2 tahun berkenalan, cukup beri impak yang besar pada sha. sahabat..terpaksa meninggalkan beliau demi meneruskan perjuangan di bumi Allah ni. sha tewas. terlalu rindukan kebaikan dan kenangan beliau. Wan Nur Amalina Afif, semoga kamu sentiasa berjaya dan tabah dalam apa jua rintangan dan ujian yang Allah berikan. saya sayang kamu..=)




and now, sha perlu bertarung sekali lagi dengan air mata itu..air mata kerinduan. 4 budak hitam, mereka sangat sha sayang. banyak yang sha pelajari daripada 4 budak hitam selama sha kenal dengan mereka. tawa, nanges and sakit bersama. tapi itu dulu, kini sangat jarang untuk bersama 4 budak hitam ni. walau jarang bersama sekali pun, mereka tetap orang2 yang sha sayangi. Muaz, Naim, Syira and Yana..berjayalah kalian dengan kehidupan kalian selepas ini. moga persahabatan yang terbina selama ni tidak kalian lupakan.. sesungguhnya Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba2-Nya..=)



The End~

tak puas hati!

mau jalan kaki macam dolu2.dulu nak gi mane2,mesty jalan kaki ngan budak2 itam. now, budak2 itam dah laen2 arah. so, takde la aktiviti jalan2 kaki cam dulu2 dah.

agrhhh..pipi sudah naek!! mane budak2 itam sume tuk bawak sy naek bukit beruang lagi..

pada dak2 itam sume, sha rindu sgt korang..;( kalau dapat jumpe pun, slalu tak complete..hope korang sume hepy skang ni dgn kehidupan masing2..


Tuesday, July 5, 2011

EGO atau SAMBIL LEWA??

A good article yang sha rase patot sha share ngan korang semue...yang baik dijadikan teladan.kan2? =)


By Dr. Siti Hamidah from UTM Skudai, Johor..=)



Pulang dari pejabat semalam, saya telah membawa anak saya yang berusia 2 tahun ke klinik. Cuaca yang tidak menentu menyebabkannya mengalami batuk dan selsema.

Mungkin ramai yang demam sekarang, jadi saya perlu menunggu agak lama. Di samping melayani Safya bermain soft toys yang banyak di klinik itu, saya memerhatikan orang sekeliling yang turut menunggu giliran.

Bukan memerhati untuk menilai orang lain. Bukan juga merasakan diri saya sempurna sehingga boleh menilai orang lain. Apa salahnya memerhatikan gelagat orang lain? Yang baik bolehlah dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

“Orang yang bijak akan menjadikan pengalamannya sebagai pengajaran, orang yang lebih bijak akan menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran.”

Walaupun bersikap acuh tak acuh dan seperti tekun melayani Safya, sebenarnya seluruh tumpuan saya terarah kepada sepasang suami isteri bersama anak mereka yang baru lahir. Hmm, pasangan yang baru menjadi ibu bapa – detik hati saya. Menarik untuk melihat gaya mereka, adakah mencerminkan karekter keibubapaan generasi muda sekarang?

Si isteri mendukung anak. Mereka duduk sahaja tanpa berkata apa-apa. Lebih kurang selama setengah jam. Saya mengerling ke raut wajah mereka. Tiada riak pergaduhan.
Mungkin itulah cara mereka, iaitu tidak banyak bercakap. Tiada apa-apa salahnya tidak banyak bercakap, jika kedua-duanya pun berdiam. Yang salah kalau seorang bercakap, seorang lagi buat tak peduli.

Lalu nama bayi mereka dipanggil. Amat mengejutkan apabila hanya si isteri sahaja yang masuh ke bilik rawatan! Saya terkesima. Saya terkejut kerana di zaman moden ini masih ada lagi suami yang tidak menemani isteri masuk ke bilik rawatan, apatah lagi apabila membawa bayi.

Ini bukan perkara kecil. Ini menggambarkan sikap seorang suami yang memandang remeh terhadap layanan mereka terhadap isteri dan rumahtangga. Maaf saya katakan, apabila seorang lelaki bersikap demikian, dia menggambarkan beberapa perkara.
Pertama, mungkin dia amat jahil dalam ilmu rumah tangga. Mungkin dia tidak pernah mendengar ceramah atau usrah atau khutbah yang membincangkan sebaik-baik lelaki adalah yang melayani isterinya dengan terbaik.

Atau, yang kedua, dia malas. Hanya malas. Malas nak angkat punggung mengikut isteri ke bilik doktor. Malas mendengar bebelan doktor, barangkali. Pendek kata dia malas untuk involve dalam hal pengurusan anak dan rumah tangga.

Atau, yang ketiga, dia berfikiran agak jumud (kolot), iaitu menganggap semua kerja rumahtangga adalah tanggungjawab isteri. Anak-anak, makan-pakai-mandi-tidur-mendidik-menasihati-menjaga sewaktu sakit-menyekolahkan-mendisiplinkan-dan segalanya, adalah tanggungjawab isteri.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, apatah lagi saya ‘agak keras’ menyenaraikan tiga kemungkinan itu. Yalah, siapa saya untuk menegur seorang lelaki, kan? Jadi, untuk mencari kebenaran dalam hal ini, kita harus kembali kepada sumber rujukan kita, iaitu al Quran dan Sunnah.

Menjaga dan mendidik anak-anak adalah tanggungjawab kedua-dua suami dan isteri. Apabila anak sakit umpamanya, si suami lah yang harus menunjukkan sikap ambil berat yang lebih daripada seorang isteri. Ini kerana suami lebih stabil emosinya, dan lebih kuat kudratnya. Seorang wanita yang menjaga anak sakit akan mudah merasa letih dan lemah, dan berperasaan risau dan emosi. Di sinilah peranan seorang suami untuk menenangkan isteri, menaikkan semangat isteri, memegang tangannya, memeluknya, dan mendukung si kecil.

Barulah si isteri akan lebih bersemangat dan terubat sedikit kerisauan. Jika sewaktu menunggu giliran doktor hanya membatukan diri, dan apabila dipanggil ke bilik rawatan – pun membatukan diri di luar. Lebih baik lah si isteri datang seorang sahaja ke klinik itu.


p/s: maybe tak ramai dah lelaki mcm ni zaman sekarang.tapi kalau ade jugak, Wallahualam...hidup rumah tangge kan.for sure kene share susah senang.kalau rase terbeban sgt nak share susah isteri and anak, pilih la tuk jgn kahwen lagi.pergi timba ilmu alam perkahwinan dulu, baru kahwen..sbb kalau kahwen jugak, anak isteri jugak yang susah..

Setia adalah yang terbaik

Salam semue...

sha baru lepas blogwalking and found some intresting article.sbb ape intresting?? sbb bile sha bace, buleh buat sha meleleh air mate.wuuuuu~ actualy so nice and sweet! =) sape2 prempuan yang bace entry kali ni pun kompem akan menangis terharu..;)

sha rase ramai lagi laki2 yang mcm sha akan crite kan lepas nih..

actualy, crite ni mmg kisah benar. but diceritakan balik oleh sahabat beliau..stay tune!! ^^,



Saya teringat seorang Ustaz Ali (bukan nama sebenar) yang merupakan bekas pensyarah UTM. Saya pernah berbual dengan isterinya. Mereka tidak mempunyai anak walaupun sudah berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat.

Isterinya memberitahu satu kisah yang amat mengharukan..

Suatu hari mereka pulang ke kampung Ustaz tersebut. Si isteri tiba-tiba mendengar perbualan di antara Ustaz Ali dan ibunya. Ketika itu mereka ingat si isteri sedang tidur, maka dia tidak akan mendengar perbualan itu.

Ibu: Ali, kau dah kawin 20 tahun tapi masih takde anak. Kau tak terasa nak anak ke?

Ustaz Ali: Memanglah nak, mak...Siapa yang taknak anak. Tapi dan Allah tak izinkan saya mempunyai anak, nak buat macamana..

Ibu: Kau kahwin lah lain. Alasan kau untuk kahwin lain sangat kukuh..sebab mahukan zuriat. Bincang baik-baik dengan isteri kau..

Ustaz Ali: Mak, bab kahwin lain ni saya kurang suka..Mak cuba letakkan diri mak di tempat isteri saya dari segi perasaan. Mesti sedih kan? Walau pun mengizinkan tapi hati mesti terluka. Itu yang tak sanggup saya nak buat. Biarlah takde anak asalkan saya tak lukakan hati isteri saya yang amat saya sayangi, dan yang amat sayangkan saya.

Ibu: Kau fikir sekali lagi pasal zuriat ni Ali..

Ustaz Ali: Tak mahu fikir dah mak...Saya memang takkan lukakan hati dia. Samada dapat anak sendiri dengan dia atau ambil anak angkat. Itu sahaja.



camne girls?? terharu kan?? hehe..kalau sha nih mmg kelu tak t'kate ape2 sbb terharu sgt kalau dengar laki ni ckp camni kat sha..=)
it actualy happen to my grandma's lil sis..till now, still takde anak. but still sweet and manje and slalu pegi hneymoon tau! baru2 ni diorang baru je balik dari vietnam. next month honeymoon ke mekkah pulak.hehehe.yang paling bez, my atok still say LOVE YOU kat my grandma..ya Allah, my atok mmg sgt9999 sweet!! =) kalah my aunt n uncle.hik~



p/s: next entry lebih menarik..

Monday, July 4, 2011

summer holiday - Day 1

wahhh...lamenye blog ni bersawang.soryyy..lame kan sha dah tak hupdate blog..;) hehe..agak bz lately. before this kene uruskan hal pindah campus dari cyber ke melaka.time tu huh jgn cakap la.stress yg amat okeh! jap2 nak kene ke cyber. jap2 nak kene ke melaka. dah rase cam orang bisnes pun ade tau.hehe..tapi bez gak.de gak la experience sha camne nanti kalau keje ulang alik camtu kan. tak semue orang boleh rase experience tu..=) okeh2, back to the basic. saje je letak title entry kali ni summer holiday.berangan2 cket kunun2 skang tgh duk kat oberc..hehe..=P

haritu en.faisal plan tuk dtg jalan2 kat melaka nih.so terpakse la jadik planner n tour guide tak bertauliah kejap.kejap tak kejap gak la.seminggu gak.bez jugak jdi tour guide. sha ni ckp je duk melaka, tapi jalan2 kat bandar melaka tu pun x hapal2 lagi.isk3. tu yg time jalan2 aritu rase nak jerit kuat2 je SAYA SAYANG AWAK GPS!!! =D haha.kalau awak xde kan gps, saye xtau la jadi ape dah arini.jdi cam org tak siuman dah kot..buleh stress saye tau kalau xtau jalan nih.

okeh2,ari nih x jalan2 mane pun lagi. en.faisal sampai je melaka, trus g check in. then, dinner..time ni terkial2 gak pk nak bawak gi dinner mane yep. tibe2 lalu muzium samudera.teringat la sal kedai makan kat blkg muzium tu.ape lagi.zuppp..trus parking kete g makan.hehe..lapa2. sbb siang tu sha dah kecapekan sgt2 nk cari hotel n kete.last2 dpt gak.fuhhh..kat sane, pekena asam pedas.biase la,melaka name nye kan. gi mane2 mesty ade asam pedas punye.hehe..not bad la.maybe sbb lapa, abes je makan sume. selesai makan, gi la jalan2 sekitar melaka ni jap. sambil2 nak hafal jalan tuk next day..=P