Thursday, August 11, 2011

tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima..=)



Bismillah....

korang2 mesti pernah dengar cerita pasal budak kecik yang terkena simbah dengan asid oleh ayahnya. dah lame dah cerita ni..and kat bawah ni sha copy paste dari blog Kak Jee (wartawan tv3 dulu)..


Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya pohon jasa baik semua untuk menghebahkan tentang tabung khas bagi membiayai pulih wajah mangsa asid, Adik Nurul Dahyatul Fazlinda. Rasanya ramai yang tahu wajah Adik Nurul Dahyatul Fazlinda cedera teruk akibat terkena simbahan asid oleh bapanya sewaktu terjadinya pertelingkahan antara bapa dan ibunya.

Sebelum ini kulit paha Adik Nurul Dahyatul Fazlinda telah diambil untuk menampal parut pada mukanya. Kecederaan muka yang serius ini menyebabkan dia harus menjalani beberapa pembedahan yang pastinya menelan kos yang tinggi. Selain muka, bahagian badannya juga cedera teruk.
Sumbangan boleh dibuat atas nama :

TABUNG BANTUAN PULIH WAJAH NURUL DAHYATUL FAZLINDA – YPU

AKAUN : 13053010003071 (Bank Islam)

TEL : 09 – 6242424 / 013 – 9216897 (En. Hairulnizam)

p/s:gambar berdasarkan carian internet.




=)

Tuesday, August 9, 2011

Panduan menjadi suami yang baik..


Bismillah..

haaaa....yang ni pulak panduan tuk suami yang baik.hik~ kaum adam, sila bace yep.bace jangan tak bace..untuk pengetahuan korang2 gak, tak rugiiii..=)



* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?


* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.





sources by: ustaz azhar idrus..

Tips perkahwinan..

Bismillah...

haaaaa....lame dah x hupdate blog ni kan. hupdate2 je trus pasal kahwen.hehehe..gatai sunggoh hampa..=P pade sape2 yang dah nak kahwen lepas raye ni, or pade yang dah berkahwen, or pade orang2 bujang and single mingle kat luar sane tu, sangat seswai la tuk korang2 bace tips2 ni yep.sbb lambat laun pun korang akan kahwen gak.hehe..=D anddddd JANGAN lupe tuk apply kan tips2 ni dalam life korang!!! egt tu..jangandok bace je.pastu trus tdo, buat macam takde ape2 pun berlaku..


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.