Tuesday, November 30, 2010

isteri?? suami???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



*artikel ni sha ambek dari seorang hamba Allah SWT tuk share ngan korg2 semue.hummm...bagi sha la kan, due2 main kan peranan.so, same2 la blaja.haaaa..x ke sweet gitu lau same2 belajar. same2 tegur lau ade kesilapan and belajar dari kesilapan tu. nak tegur tu, tegur la manje2.hik~


p/s: ujan yg lebat + lapar = stress!

Sunday, November 28, 2010

xde KEJE, carik KEJE (part 2)..

ni la shaheeda..ibu ayah suruh study,dye g buat bende laen lak.haishhh...
risau nak exam, p xde ambek inisiatif pun nak bukak buku.waaa...ape nak jadi nih shaheeda!!

okeh,back to the tittle.kali ni cheq buat ape yep??
ntah la..xtau nak ckp ape bende ni..
korang layan jela yek.hehe..XD


potong2, gam2, cat2, tadaaa...jadik la frame nih...=)



and lastly, leh la gantung kat dinding..;)

comel2 kan bende dlm frame nih.kecik2 jek! tu yg jatuh ati..tapi nak buat bende ni mak aih,kene azam yg kuat + sabar yg tinggi. so that, result yg kite akan dpt nnti memeuaskan.xde la nampak compang camping.heee..
pling ssah yg cheq rase nak buat ialah part hanger.tgk la hanger cheq tu senget benget.cam hanger yg dah buang kat tong smapah,then kite ambek.hahaha! XD
lagi satu part lampu t'gantung atas mesin jahit tu, yg tu bape kali t'cabut then bukak balik.bende ni KECIK. ok cheq dah tegas kan, bende tu kecik amat! leceh nak buat..and last part gunting and alas kaki tuk mesin jahit tu..kalau x sabar, mmg x jadik la bende alah ni..

nway, bile dah ciap, hepy la kan. nak2 ibu ayah pun suke.jarang ibu x suke ape yg cheq hasil kan.stat bab masak2, lukis2, smpai la buat kek.puji je lebeh. mmg beza la ngan ayah. ayah teliti habes! kalau part jahit2 tu, kejap jahitan ni x betul la.jap kain dye senget la.pape pun, bez dga! at least, cheq tau kat ne part2 yg cheq kene baiki kelemahan tu kan.hehe..thanx bonda, ayahanda..muachhxx!!

hah,sebelum cik shaheeda ni ngarut lebeh2,baek STOP dulu.jumpe korg di lain entriii~ =)


p/s: malas nye nak blik melakaaaa...

Saturday, November 27, 2010

apabila si KECIK berkuase, yang BESAR tgk ajeee...

Salam semue..

haaa..nak terang kan,siapa si kecik? and siape pulak si besar??
si KECIK tu mesti lah merujuk pada budak2 kecik kan..
and si BESAR pula org2 besar cam cheq ni.haha..
ape merapu nih..

okeh2, nak dijadi kan crite, semalam ayah sedare anta la anak2 nye, merangkap cezen2 kecik yg nakal! ni ke rumah cheq. ini kerana, beliau and isteri beliau terpaksa m'hadiri kursus + budak2 kecik tu dah lame menyebut nak dtg rumah, maka beliau pun m'hanta 4 org kenit ke rumah cheq..

8.00 a.m : cheq excited!
9.30 a.m : masih bermain dgn 4 org budak kenit tu..
10.00 a.m: cheq dah start garu2 kpale..
10.30 a.m: SURRENDER!! angkat kain putih..mak aihhhh...x reti duduk diam even sesaat
pun! mulut cotcet2 12 jam..

al maklum lah,x penah ade adik kecik.hee..tgk ibu pun dah garu2 kepale.hahaha..bkn cheq sorg je tau! =P
mule la cheq pun duk la tanye2 ibu..

bila nmpak 4 kenit tu cabut2 bunge dari vase dye..
cheq: kakak dulu kecik2 cabut2 bunge gak ke ibu??

bila nmpak 4 kenit tu hancur kan langsir rumah..
cheq: kakak dulu kecik2 ranap kan langsir rumah ke ibu??

bila nmpak 4 kenit tu terabur kan alat2 mekap cheq atas meja solek..
cheq: kakak buat mcm tu jugak ke ibu??

tapiii...cheq SABAR~
heee..biase la budak2 kan.tym nak besar cmni la diorg nak explore semue bnde.tangan tu nak pegang je semue bende..

yang penting, cheq sayangggg sgt kat 4 org kenit nih..=)

huru hare krete!


yeyeah!! si kecik b'jaye lepas ke depan dgn menolak smue org ke blakang


tgk2..abes brg mekup cheq!


yg ni try nak jdik cnteq lak..nmpk x blusher cheq kat tgn kanan tuh

even nakal2 pun, cheq HEPPY!!! ;)

p/s: tggu update entry lps ni..=P

Friday, November 26, 2010

HACHIKO : Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years!!

Salam bloggers n pembace semue..=)
Spti biase,hop kalian smue chat n pling pntg epiy! heee..

Sempena bulan November ni, entri saya kali ini mengisahkan seekor anjing legenda Jepun, HACHIKO.mesti ramai yg dah tau kisah mengenai anjing ni kan. tapi xpe, jom kite ambek teladan dari kisah anjing ni..


Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula.Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan.

21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya.

Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun meninggal ). Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.




*Antara posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakamkan

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.

Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.



Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.





untuk pengetahuan semua, kisah Hachiko ini juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem. Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.





"BERBAKTI KEPADA TUANNYA SELAGI BERNYAWA..."
mesti itu lah pegangan yang dipegang oleh Hachiko sepanjang hidup nya..


p/s: sesiapa yang masih belum tengok cerite Hachiko ni, boleh la tgk lepas abes bace entry ni..=)

Monday, November 22, 2010

xde KEJE, carik KEJE..

Salam pembace semue..=)
hop korg2 sehat n hepiy slalu..

macam tajuk kat atas, disebabkan saye tgh cuti, so banyak la mase2 t'buang. so drpada t'buang tu, baek saye carik keje kan..hummmm...sbnr nye byk je plan nak buat utk cuti smnggu ni.tapi asyik lari budget je.heee...dah plan nak buat bnde ni, tibe2 ibu suruh buat bnde laen.haa..kan dah lari budget kn? heee..

nway,semalam tibe2 dtg smngat luar biase, tibe2 t'ingin nak m'jahit..rindu agak nye.cari la bnde ape nak jahit.las2, t'egt kain FELT beli dulu kat campus.x jahit2 pun lagi.nah! ade mase nih, buat la kan..kalau asyik tanggu2 lagi, bile la nk b'jahit kain tu..dgn azam n semngat yg luar biase smlm, saye pun mule kan la operasi jahit mahit tu.hee..
dpt la d'siap kan dlm 12 jam..
and hasil nyee....

TADAAA!!!






*bahagian dlm nye



haaaa...part pling BEST!!





haaaa...part ape tu?? part SEPAH-SEPAH!!!
heee...XD

ibu: kakak,cepat kemas. sepah2 dah ni..

saya: kalau x sepah, otak x berkembang bu (pengaruh iklan sudah..) heee..

ibu: nak berkembang ape lagi, gigi dah nak abes t'cabut dah!!

hahaha..so,stiap kali ade klua iklan susu budak2, msty ibu tgk saye yg tgh khusyuk buat sepah kat depan tb ni..(^____^)
bz yep kakak?

heee...


p/s: sebenar nye nak bagi kat org wallet ni.tapi org tu da besa, klaka lak kan tgk kalau pakai wallet nih..xpe.kalau xnk,saye pakai! hahaha..

Sunday, November 21, 2010

kutu2 di tgh malam

salam pembace semue..thanx sbb sudi lagi bace belog yg ntah hape2 ni.n thanx jugak pade pembace2 'senyap'..tanpe korg,sape la belog ni kan.heee..

haaa..sape yg jadik kutu2 malam ni? x laen x bukan,saye n si kecik Apiz la.n x lupe jugak czen2(kak ngah, bang long, juA n juE) =D
nak di jadik kan crite, lepas berhari raye di kampung t'chenta, kami semue sepakat utk tengok mid nyte movie.mentang2 la HARRY POTTER klua kan..ade je alasan nak klua malam.heee..pujuk punye pujuk, plan punye plan, saye scare x langsung nye pegi JJ awal (konon2 nak beli tiket dulu, takot tiket abes)
smpai2 je, KUCIWAAaa.. smue FULL!!
dlam hati egt kan x dpt la tgk mid nyte movie malam nih.alih2 czen kol lak ckp dye try check kat MBO.hah,kmpem la ade kan..x ramai yg dtg serbu MBO.dpt la jugak tiket 'emas' tu.hehe..
GUMBIRE nyeee..

layan la dulu posing2 smentare tunggu czen2 laen dtg..=)



*tgk la muke comot momot kepenatan lepas balik dari kampung.heee..




*agak2 ade org bangge x saye pakai baju nih..heee..=P

p/s: smpai ke tido saye pakai sweater tu..sgt cejukkkk itu hari..g mane2 smue air-cond.huhu..

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT BERCUTI kalian!!

berakhir la sudah mid-term econs cheq..but upzzz..jgn lupe! ade lagi satu paper tggal, my ENGLISH paper.huhu..

yg penting............. H.O.L.I.D.A.Y!!! =)
hehehe..ouh hepy2..luse da nak raye aji.so makne nye,ese(saye) balik kampung esok ptg la.GREAT!! x sabar nyeee..rinduw kampungggg...huhu..ade ape kat kampung??
even da xde sape2 kat kampung( yang tggal hanye la spider2 or tupai yg kdang2 entah dri mane dye masuk) , tapi saye tetap suke KAMPUNG. ese large kan font, nak tnjukkan kan yg ese btol2 suke kampung.heee...raye taun ni my uwan buat lemang, ni lah lagi smngat nak blik.tapi kompem x smpat tlong uwan buat n bakar lemang sbb ese balik lambat sok..=(

lemang + uwan buat = TERBAEK!!

maberlouss n delicious lemang uwan se nih..taun lpas x buat pun lmang sbb taun lpas buat korban.taun ni xde yg korban,ade tu mmg ade tapi mlalui derma saje..
seperti slalu, balik kampung kene la kemas2.sbb xde sape da tggal kat kampung tu. kesian kan umah tu. then,malam tu bleh la takbir! yeaaa...
(xtau la nape xcited sgt ese raye aji ni.hehe)
*hah..mngkin cuti raye aji smbung trus ngan mid-term break kot.heee..datz mean, ese leh la g jalan2 cuti nnti..

okeh xtau nak ckp ape da.jez nak wish SELAMAT BERCUTI n SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat kalian..pada yg jauh d'mate,tapi kamu smue ttp di hati..


hah..ati2 bawak kete musim cuti nih..egt org2 yg syg kamuw smue.heee..=)

love from me,
Shaheeda..


p/s: congratez buat sahabat Que Azman yg dpt gak trus kan cite2 beliau dlam mascom kat uitm nnti..

Sunday, November 14, 2010

here YOU come again!!

hai pembace smue..long tym no c kan.sory da lame x update belog nih.byk nak share.p asyik x sempat je.(alasan..=P)



haaa..sape dtg lagi nih?? cam biase.as student, kalau x ngadap exam,mmg x sah!! hehe..
baru smlam cheq ngadap MUET.da lege la abes..tup2..kene ngadap mid-term lak senin ni..X_X
sooo..b4 leh enjoy2 raye aji yg jatuh nye pade hari rabu nih, 17 Oktober 2010 n bersamaan dgn 10 Zulhijjah 1431, cheq kene push2 stdy dulu.then, baru buleh pk sal raye aji ke, pak aji ke, mak aji ke.heee..

dgn kesempatan yg ade ni gak, cheq nak wish GOOD LUCK n ALL THE BEST tuk sape2 yg ade or tgh or baru abes exam.hehe..=)
(yg baru abes exam tu,sory lambat wish)

Chayouk SHAHEEDA!!




p/s: selepas dah b'usahe n b'azam, b'tawakallah kepada Allah SWT kerna Dia yang
lebih berkuasa n mengetahui ape yang terbaik tuk kite semue..ALL THE BEST!!
=)