Thursday, July 14, 2011

air mata itu..




Yep, air mata itu la peneman kala kesedihan, kegembiraan, mahupun kesusahan..
air mata itu la ekspresi yang jujur datang dari hati..
jangan tahan,
sebab kadang kala dengan meluahkan ekspresi itu la kita akan berasa lega.
jangan pula berterusan,
sebab mungkin ada kegembiraan disebalik kesedihan tersebut.
kalau tak cepat, mungkin lambat..=)
bersabarlah..




sewaktu sha berumur 9 tahun, ibu decide untuk sambung belajar, 3 tahun lamanya berpisah tanpa ibu depan mata sewaktu sha dan adik membesar. time itu la sha belajar erti kesedihan dan air mata..=( setiap hari menangis teringatkan ibu. bila tengok kawan2 lain semua bercerita tentang ibu, hati jadi sayu. ibuku jauh~~ kertas adalah sahabat setia. setiap kali sedih teringatkan ibu, setiap kali itu la sha luahkan apa yang terbuku dalam hati ke atas sehelai kertas untuk sha poskan surat tersebut kepada ibu. hanya itu saja cara untuk ku ubati rindu.




2008, sekali lagi sha tewas pada dia yang bernama air mata. si dia pergi untuk meneruskan perjuangan. 2 tahun lamanya, sha memang tewas dan lemah. tapi, dari situ la sha belajar erti perjuangan. perjuangan untuk meneruskan kehidupan..




sekali lagi sha tewas dengan air mata. sahabat..sahabat yang sentiasa ada kala susah mahupun senang. dia terlalu baik. biarpun hanya 2 tahun berkenalan, cukup beri impak yang besar pada sha. sahabat..terpaksa meninggalkan beliau demi meneruskan perjuangan di bumi Allah ni. sha tewas. terlalu rindukan kebaikan dan kenangan beliau. Wan Nur Amalina Afif, semoga kamu sentiasa berjaya dan tabah dalam apa jua rintangan dan ujian yang Allah berikan. saya sayang kamu..=)




and now, sha perlu bertarung sekali lagi dengan air mata itu..air mata kerinduan. 4 budak hitam, mereka sangat sha sayang. banyak yang sha pelajari daripada 4 budak hitam selama sha kenal dengan mereka. tawa, nanges and sakit bersama. tapi itu dulu, kini sangat jarang untuk bersama 4 budak hitam ni. walau jarang bersama sekali pun, mereka tetap orang2 yang sha sayangi. Muaz, Naim, Syira and Yana..berjayalah kalian dengan kehidupan kalian selepas ini. moga persahabatan yang terbina selama ni tidak kalian lupakan.. sesungguhnya Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba2-Nya..=)



The End~

2 comments:

  1. 2 years and still counting. Kan sha? :') my precious friend. :)

    ReplyDelete
  2. sha..
    menangis yg merengek nk kua Pedas dlu xnak tulis..??
    hahaha...joking..
    cheer up my kazen... :)

    ReplyDelete