Wednesday, March 16, 2011

duta Jepun ke Msia menangis ketika di sidang akhbar

Assalamualaikum bloggers semue..haritu baru je kite digemparkan dgn crite tsunami yg melanda Jepun. kesian+sedih. same2 la kite doakan agar mereka dipermudahkan segala urusan disana. sampai sekarang pun, diorg xtau berapa jumlah sbnar rakyat mereka yg t'korban dalam bencana tersebut. tiap2 hari, ade je pertambahan jumlah mayat2 yg mereka jumpe.

senario tyme tsunami landa banda aceh 6 tahun lepas lain daripada yang sedang dialami di Jepun. waktu tsunami melanda acheh dulu, kejadian gempa tu berhenti lepas gelombang pertama yang dasyat. kat Jepun lak, sejak Jumaat lalu, rakyat negara tu masih hidup dalam ketakutan. sekejap2 ada gempa bumi.

tak cukup dgn tu, ketakutan meletupnya kilang nuklear yang bakal memuntahkan bahan asid berbahaya ke udara, paling ditakuti. maybe kerosakan sekarang ni lebih dahsyat dari musibah hiroshima dulu.

apapun, sha berharap kita semua panjatkan doa ke aharat allah swt supaya Jepun tak terus dilanda musibah lebih teruk. di tika dan saat ini, usahlah kita fikir mengenai agama mereka. fikirlah di segi kemaknusiaan. agama islam sentiasa menuntut umat islam di dunia sentiasa mendoakan kesejahteraan sesiapa sahaja yang berlainan agama, ketika mereka dalam musibah yang diturunkan oleh Allah swt..

paling touching, bila melihat duta jepun ke malaysia, Masahiko Horie menitiskan air mata di sidang akhbar di kedutaan jepun semalam.



berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikul. apakan daya, semalam perdana menteri kita, dato seri najib tun abdul razak memberitahu, pasukan penyelamat kita tidak dapat ke Jepun untuk menghulurkan bantuan. ini adalah kerana pesawat yang bakal membawa mereka belum lagi dapat kelulusan untuk mendarat.

jom kita ramai2 berdoa untuk kesejahteraan semua rakyat Jepun. amin...

p/s: lagi 10 minggu 3 ari je lagi..=)

3 comments:

  1. pe mksd cda psal,...1o mggu n 3 ari tue,..???

    ReplyDelete
  2. same2 doakan semua selamat...
    tertanya-tanya jugak ape 10 minggu 3 ari 2.. =)

    ReplyDelete
  3. hana: hehe..nak tau kene tggu lepas 10 minggu n 3 ari tu la.hik~

    faisal: awak pun kene tunggu.huhu

    ReplyDelete