Spti biase,hop kalian smue chat n pling pntg epiy! heee..
Sempena bulan November ni, entri saya kali ini mengisahkan seekor anjing legenda Jepun, HACHIKO.mesti ramai yg dah tau kisah mengenai anjing ni kan. tapi xpe, jom kite ambek teladan dari kisah anjing ni..

Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula.Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan.
21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.

*Antara posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakamkan
Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.

Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


untuk pengetahuan semua, kisah Hachiko ini juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem. Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.

"BERBAKTI KEPADA TUANNYA SELAGI BERNYAWA..."
mesti itu lah pegangan yang dipegang oleh Hachiko sepanjang hidup nya..
p/s: sesiapa yang masih belum tengok cerite Hachiko ni, boleh la tgk lepas abes bace entry ni..=)
weh sedih T_T
ReplyDeletecdeyh kan ena..;(
ReplyDeletetgk cte hachi tu lagi feelin..
kat youtube pun ade
this is a good movie i ever watched
ReplyDeleteyeah me too..
ReplyDeleteso sad~~
=(